Utama / Bantuan

Soalan Lazim

Dapatkan Jawapan Tentang Persoalan Anda Di Sini

  • deMind adalah portal pendidikan digital berkonsepkan ‘On-Demand Learning’ untuk pelajar sekolah rendah dan menengah di Malaysia.
  • deMind menyediakan video-video (tuisyen) – subjek / topik pembelajaran atas permintaan (on-demand courses) berdasarkan kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • deMind bermaksud Digital Education for Students’ Mind Development” (Pendidikan Digital untuk Perkembangan Minda Pelajar).
  • deMind adalah gabungan usahasama dua syarikat – INMIND Holdings (M) Sdn. Bhd. – IHSB (352277-V) dan MyET Education Sdn. Bhd. – MyETESB (0652404-D).
  • IHSB berperanan memasarkan portal deMind, manakala MyETESB menyediakan isi kandungan portal – video-video pembelajaran.
  • IHSB adalah syarikat pembekal alatan – kit pendidikan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia, dan berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang latihan belia.
  • MyETESB adalah syarikat berpengalaman lebih 30 tahun dalam pendidikan tuisyen pelajar sekolah.
  • deMind adalah untuk para pelajar di Malaysia bermula di peringkat rendah daripada Tahun Satu hingga Tahun Enam, bagi Sekolah Rendah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.
  • deMind juga untuk pelajar peringkat menengah daripada Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima di Sekolah-sekolah Menengah yang pelajarnya mengambil Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Isi kandungan deMind sentiasa disemak dan dikemaskini oleh pihak kami agar menepati kurikulum dan sukatan pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia.

  • Seperti tuisyen personal! 
  • Guru bercakap menerangkan topik pembelajaran (audio) sambil melakarkan penerangan topik pembelajaran (visual). Pelajar boleh tonton video berulang-ulang sehingga faham.
  • deMind menfokuskan kaedah memberikan input pembelajaran (input learning) dalam bentuk audio dan visual (video) 
  • deMind memahami bahawa kemampuan belajar setiap pelajar adalah berbeza. Oleh itu, pelajar bebas ‘mengulangi’ video topik pembelajaran yang diperlukan bagi mereka menguasai ilmu pengetahuan akademik.
  • Seperti kata peribahasa Melayu ‘Belakang Parang Diasah Lagikan Tajam, Inikan Pula Akal Manusia’.
  • Cogan kata deMind adalah ‘Tonton – Belajar – Bila-Bila Masa’
  • Portal deMind dilengkapi dengan kemudahan Learning Management System (LMS) yang membantu pelajar mengikuti pembelajaran dengan teratur.
  • Pembelajaran di portal deMind yang menggunakan teknologi IT boleh diakses 24 jam sehari, tujuh hari seminggu. Ini membantu pelajar:
    • Belajar dengan selamat di rumah dalam suasana kesihatan awam yang tidak menentu kini.
    • Belajar mengikut secara fleksibel mengikut kesesuaian masa.
    • Belajar di mana-mana sahaja, asalkan ada gajet dan talian internet.

Isi kandungan pembelajaran deMind meliputi:

  • VIDEO – Lebih 13 ribu video pengajaran dan pembelajaran.
  • TOPIK – Lebih 2,000 topik pelajaran
  • SUBJEK – Lebih 200 mata pelajaran 
  • SEKOLAH – Empat jenis sekolah iaitu; Sekolah Rendah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan Sekolah Menengah.
  • PERINGKAT – 11 peringkat pelajar; enam di peringkat rendah – Tahun Satu hingga tahun Enam dan lima di peringkat menengah – Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima.
  • GURU – Lebih 25 orang guru terlibat.

Guru-guru yang mengajar adalah berkelayakan dan berpengalaman. Boleh lihat profil mereka di laman web.

deMind menawarkan empat jenis pakej langganan iaitu:

  1. Pakej SPM: Tingkatan 5 dan 4 (SPM).
  2. Pakej Remaja: Tingkatan 3, 2 dan 1.
  3. Pakej Tunas: Tahun 6, 5 dan 4 { SK / SJK(C) / SJK(T) }.
  4. Pakej Tunas Junior: Tahun 3, 2 dan 1 { SK / SJK(C) / SJK(T) }.
  • deMind menawarkan langganan secara bulanan. Pelanggan boleh memilih empat tempoh langganan sama ada satu bulan (30 hari), tiga bulan (90 hari), enam bulan (180 hari) atau 12 bulan (365 hari).
  • Harga langganan satu bulan adalah RM38.00 dan diskaun diberikan pada langganan jumlah bulan-bulan tertentu seperti berikut:
  1. 12 Bulan (365hari) – RM456.00 RM428.00 (jimat RM28.00)
  2. 06 Bulan (180 hari) – RM228.00 RM214.00 (jimat RM14.00)
  3. 03 Bulan (90 hari) – RM114.00 RM108.00 (jimat RM6.00)
  4. 01 Bulan (30 hari) – RM38.00

Tidak perlu. Video pembelajaran deMind boleh ditonton menggunakan gajet dan talian internet kelajuan biasa seperti menonton video di laman youtube.

Satu akaun pelanggan boleh melanggan sehingga empat pakej pembelajaran sekali gus.

  • Apabila pendaftaran secara dalam talian berjaya dilakukan, anda akan menerima notifikasi emel memaklumkan maklumat ID dan kata kunci sementara untuk akses ke akaun deMind anda.
  • Apabila pembayaran pakej langganan secara dalam talian berjaya dilakukan, anda akan menerima notifikasi emel memaklumkan pakej langganan anda.
  • Anda boleh Log Masuk ke akaun untuk memeriksa pakej langganan dan mula menonton video pembelajaran berdasarkan pakej.
  • Akses ke akaun boleh dilakukan di gajet berasingan secara serentak jika pakej dilanggan lebih daripada satu. 
  • Akaun memaparkan tarikh aktif dan tarikh tamat tempoh langganan anda.
  • Penambahan tempoh langganan atau langganan pakej baharu boleh dilakukan di akaun anda.
  • Kami menetapkan polisi tiada bayaran balik.
  • Kami tidak bertanggunjawab jika pihak anda tidak menggunakan pakej yang telah dilanggan, menghadapi masalah gajet atau masalah talian internet.

Pelanggan boleh bertanya terus pada ejen dilantik, talian whatsApp di laman portal atau melalui ruang pertanyaan / komen di bahagian Bantuan (tertakluk waktu bekerja).