Utama / Ejen
Ejen
Previous slide
Next slide
Syarikat menawarkan anda untuk memohon sebagai ejen (Muda/Dewasa/Entiti) bagi mempromosikan produk kami kepada pelanggan. Sebagai ejen anda layak menerima komisen seperti berikut:
Ayuh bersama kami. Sebarkan manfaat pembelajaran melalui portal deMind, Tonton - Belajar - Bila-Bila Masa.
Soalan Lazim
Dapatkan Jawapan Tentang Persoalan Anda Di Sini
1. Apakah pelan perniagaan portal deMind?
Syarikat melantik EJEN SAH sebagai strategi utama bagi tujuan pemasaran dan mendapatkan jualan pakej langganan deMind daripada pelanggan pasaran umum (public customer).
2. Apakah syarat-syarat menjadi ejen deMind?
Syarat-syarat asas menjadi Ejen:
- Warganegara Malaysia.
- Entiti sah berdaftar di Malaysia sama ada syarikat, koperasi atau NGO
- Individu / pemohon berumur 18 tahun ke atas.
- Mempunyai akaun bank yang sama nama dengan nama ejen
- Bersetuju dengan terma-terma sebagai ejen
- Membuat bayaran Yuran Pendaftaran Tahunan Ejen
- Memohon melalui borang disediakan dan menerima pengesahan lantikan ejen.
- Tempoh lantikan secara tahunan.
3. Berapa lama tempoh lantikan seseorang ejen deMind?
Tempoh lantikan ejen selama satu tahun / 365 hari.
4. Apakah kategori ejen deMind?
Ada tiga kategori ejen:
- Ejen Muda – berumur 18-23 tahun (pada tarikh mendaftar)
- Ejen Dewasa – berumur 24 tahun ke atas (pada tarikh mendaftar)
- Ejen Entiti – syarikat, koperasi, yayasan atau NGO (berdaftar dengan SSM, SKM, BUU-JPM atau ROS)
5. Apakah ada sebarang bayaran sebagai ejen deMind?
Syarikat mengenakan Yuran Pendaftaran Tahunan Ejen seperti berikut:
- Ejen Muda – RM30.00
- Ejen Dewasa – RM50.00
- Ejen Entiti – RM500.00
6. Mengapakah caj Yuran Pendaftaran Tahunan Ejen deMind dikenakan?
Yuran ini bagi kos pengurusan akaun dalam talian dan penyelenggaraan Pautan Unik Ejen bagi tujuan pemasaran di media sosial.
7. Apakah keistimewaan sebagai ejen deMind?
- Yuran Pendaftaran Tahunan Ejen yang rendah.
- Menerima komisen hasil jualan langganan portal.
- Potensi pendapatan komisen yang tinggi berdasarkan volume.
- Mempunyai Pautan Unik ‘Sale Page’ untuk memudahkan pelanggan mendaftar dan melanggan.
- Pendapatan pasif. Ejen kekal menerima komisen daripada pelanggan yang sama apabila berlaku belian semula (repeat sale) melalui akaun pelanggan.
- Menerima Akaun Ejen / Pelanggan yang berfungsi:
- Mengetahui dan memantau jumlah pelanggan yang telah berdaftar dan melanggan pakej.
- Mengetahui potensi jumlah komisen diperolehi.
- Salinan Link (pautan) Unik Ejen.
- Bahan-bahan pengiklanan untuk membantu promosi.
8. Berapakah jumlah komisen yang bakal diperolehi oleh ejen?
- Jumlah komisen diperolehi ejen berdasarkan tempoh langganan dibayar pelanggan seperti berikut:
- Langgan 1 Bulan – Komisen RM3.00
- Langgan 3 Bulan – Komisen RM8.00
- Langgan 6 Bulan – Komisen RM16.00
- Langgan 12 Bulan – Komisen RM33.00
9. Apakah keistimewaan sebagai Ejen Entiti deMind?
- Boleh mendaftarkan Ejen Muda atau Ejen Dewasa sebagai Sub-Ejen.
- Menerima Insentif Entiti hasil jualan pelan langganan oleh Sub-Ejen. Kadar Insentif Ejen Entiti seperti berikut:
- Langganan 1 Bulan – Insentif Ejen Entiti RM0.50
- Langganan 3 Bulan – Insentif Ejen Entiti RM1.30
- Langganan 6 Bulan – Insentif Ejen Entiti RM2.70
- Langganan 12 Bulan – Insentif Ejen Entiti RM5.50
10. Bilakah komisen / bonus ejen dibayar?
Syarikat menetapkan pembayaran komisen untuk satu bulan sebelum, dalam tempoh 10 hari bekerja pada bulan berikutnya.
11. Apakah lantikan ejen deMind boleh terbatal / dibatalkan?
Lantikan ejen boleh terbatal atau dibatalkan jika:
- Tempoh lantikan melebihi satu tahun (365 hari) tanpa ada bayaran yuran yang terdahulu atau bayaran yuran pembaharuan ejen (renew).
- Ejen membuat permohonan rasmi berhenti sebagai ejen sebelum tarikh tamat tempoh.
- Ejen terbukti membuat penipuan maklumat diri khasnya status umur.
- Ejen terbukti melakukan perkara-perkara yang boleh menjejaskan imej, pendapatan, jenama atau produk syarikat.
12. Apakah potensi pemasaran produk portal deMind?
- Produk digital yang mudah dipasar dan dijual menerusi media sosial.
- Satu-satunya produk pembelajaran atas talian berkonsepkan ‘on-demand learning’.
- Prinsip 20:80. Kaedah pengulangan video deMind membantu 80% kalangan pelajar yang kurang berkebolehan. Kos mampu langgan deMind turut membantu 80% kalangan keluarga M40 serta B40.
- Pasaran yang luas (data 30 November 2021):
- Bilangan Enrolmen Pelajar Sekolah Rendah – 2,971,291 orang.
- Bilangan Enrolmen Pelajar Sekolah Menengah – 2,066,552 orang.
Jumlah Enrolmen Pelajar – 5,037,843 orang.
13. Apakah keistimewaan pembelajaran menggunakan portal deMind?
- Portal deMind dilengkapi dengan kemudahan Learning Management System (LMS) yang membantu pelajar mengikuti pembelajaran dengan teratur.
- Pembelajaran di portal deMind yang menggunakan teknologi IT boleh diakses 24 jam sehari, tujuh hari seminggu. Ini membantu pelajar:
- Belajar dengan selamat di rumah dalam suasana kesihatan awam yang tidak menentu kini.
- Belajar mengikut secara fleksibel mengikut kesesuaian masa.
- Belajar di mana-mana sahaja, asalkan ada gajet dan talian internet.