Utama / Terma / Polisi Privasi
Polisi Privasi
Ikatan Persefahaman Di Antara Syarikat Dengan Pelanggan
POLISI PRIVASI DAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI
Syarikat menekankan polisi pravisi perlindungan data peribadi anda. Polisi privasi ini menerangkan cara kami mengumpul, memproses, mengurus dan melindungi data peribadi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 2010.
Data peribadi utama dikumpul sebagai pelanggan adalah, tetapi tidak terhad; nama penuh, e-mel, negeri, daerah, jantina, nombor telefon bimbit atau telefon biasa. Sebagai agen data dikumpul antaranya adalah, tetapi tidak terhad; nama penuh, e-mel, negeri, daerah, jantina, dan nombor telefon bimbit atau telefon biasa, nombor kad pengenalan, nombor pasport, alamat, gambar atau imej ejen dan maklumat perbankan meliputi nama pemilik akaun, nombor akaun dan nama bank dan lain-lain maklumat yang mungkin tertakluk pada perlindungan data yang berkenaan dan undang-undang lain yang seumpamanya.
Senarai data peribadi yang dinyatakan di atas adalah tidak menyeluruh dan mungkin termasuk data peribadi lain bergantung pada jenis urus niaga atau transaksi sebagai pelanggan dan agen syarikat.
A. PENGUMPULAN DATA PERIBADI ANDA
Maklumat peribadi yang diperoleh semasa anda (1) mengisi borang permohonan syarikat, (2)
membuat pembelian melalui platform atas talian kami, (3) mengambil bahagian dalam pertandingan atau acara-acara syarikat, (4) mengunjungi pejabat atau laman web syarikat, (5) membalas bahan-bahan pemasaran atau promosi, atau (6) menghantar pertanyaan atau maklum balas tentang produk atau perkhidmatan syarikat. Maklumat peribadi anda diperlukan, tetapi tidak terhad pada tujuan yang berikut:
untuk memberikan produk atau perkhidmatan yang relevan kepada anda;
untuk pemasaran produk dan perkhidmatan selepas jualan;
untuk menghantar bahan promosi dan/atau bahan pengiklanan kepada anda;
untuk menjalankan analisis statistik bagi penyelidikan dan pembangunan produk;
untuk tujuan pentadbiran, termasuk urusan bil, pembayaran dan pemungutan hutang;
untuk membuat pendedahan yang relevan namun mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang diguna pakai.
Jika anda gagal memberikan maklumat yang diperlukan seperti yang diminta, pihak syarikat tidak dapat menyediakan produk atau perkhidmatan yang disediakan.
B. PENDEDAHAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA
Maklumat peribadi anda dirahsiakan, namun mungkin akan didedahkan atau dipindahkan sama ada dalam Malaysia atau di luar negara, kepada pihak-pihak yang berurusan dengan INMIND Holdings Sdn. Bhd. atau syarikat lain yang terlibat; syarikat bersekutu, rakan kongsi, pihak berkuasa kerajaan, pihak ketiga dan kontraktor atau ejen masing-masing bagi tujuan seperti yang dinyatakan dalam (A) di atas.
C. KESELAMATAN MAKLUMAT PERIBADI
Kami akan memastikan maklumat peribadi anda yang disimpan, dilindungi daripada sebarang kehilangan/kerugian, penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses atau pendedahan tanpa kebenaran atau tidak sengaja, pengubahan, atau kemusnahan.
D. HAK UNTUK MENGAKSES DATA PERIBADI ANDA
Anda mempunyai hak untuk mengakses, membetulkan, atau menukarkan data peribadi anda yang ada pada kami dengan menulis surat kepada kami di alamat seperti yang tertera di bawah ini.
INMIND Holdings Sdn. Bhd.
No.12-1, Jalan Presiden FU1/F
Accentra Business Park
40150, Shah Alam
Selangor Darul Ehsan.
E-mel: [email protected]
Setelah disahkan identiti, anda boleh:
memohon untuk mendapatkan maklumat tentang data peribadi anda
memohon untuk membetulkan atau mengemaskinikan data peribadi anda
mengehadkan atau menghentikan pemprosesan data peribadi anda
tertakluk pada batasan undang-undang yang digunakan, syarat-syarat kontraktual, dan tempoh masa yang munasabah.
Dengan memberikan data peribadi anda kepada kami, anda bersetuju dengan cara kami memproseskan data peribadi anda seperti yang dinyatakan di atas.
E. PEMINDAAN DASAR
Kami berhak untuk meminda dan mengemas kini dasar ini dari semasa ke semasa. Dasar yang dipinda akan dimuat naik ke laman web kami: https://demind.my
F. KONFLIK
Jika berlaku percanggahan antara polisi dalam bahasa Inggeris dengan polisi dalam bahasa Malaysia, maka terma dalam bahasa Inggeris akan diterima pakai.