Utama / Terma / Terma dan Syarat – Ejen
Terma dan Syarat – Ejen
Ikatan Persefahaman Di Antara Syarikat Dengan Ejen
Terma & Syarat
Terma & Syarat ini (selepas ini, disebut sebagai “Perjanjian”) mengawalselia hubungan antara INMIDN Holdings Sdn. Bhd. (selepas ini, disebut sebagai “Syarikat“) dan pemohon, yang akan bertindak sebagai Ejen Perniagaan Bebas (selepas ini, disebut dan dikenali sebagai “Ejen“).
Ejen adalah individu yang layak ataupun suatu entiti seperti syarikat, koperasi dan NGO yang sah.
Perjanjian ini adalah satu perjanjian yang sah. Jika pemohon bersetuju untuk mematuhi peruntukan yang terkandung di dalam dokumen ini, maka pemohon layak menjadi Ejen dengan mendaftar dan membayar Yuran Pendaftaran Tahunan Ejen seperti yang ditetapkan dalam Polisi & Prosedur Syarikat.
Syarikat mempunyai hak untuk mengubahsuai dan meminda Perjanjian ini atau pada mana-mana bahagian dari semasa ke semasa mengikut budi bicara mutlaknya. Semua perubahan dan pindaan akan dimaklumkan kepada semua Ejen melalui Akaun Pengguna / Ejen / Emel dan semua Ejen adalah tertakluk kepada sebarang pindaan.
DEKLARASI
- Saya adalah warganegara Malaysia.
- Saya adalah wakil entiti sah berdaftar di bawah undang-undang Malaysia.
- Saya mengesahkan bahawa saya telah berusia 18 tahun / wakil entiti sah berdaftar & layak untuk terikat dalam Perjanjian ini berdasarkan peruntukan undang-undang yang berkaitan di Malaysia.
- Kod Etika yang perlu saya patuhi adalah seperti berikut:-
*Dilarang menyebabkan kerosakan atau memusnahkan imej atau reputasi syarikat.Dilarang menokok tambah kelebihan sistem dan manfaat produk syarikat.
*Dilarang mendapatkan akses tanpa izin ke akaun Ejen lain untuk menjalankan aktiviti terlarang.
*Dilarang mendaftar atau memberikan maklumat sebagai Ejen yang tidak tepat.
*Dilarang memiliki lebih dari satu akaun / sebagai Ejen.
Sebarang pelanggaran etika akan menyebabkan status dan hak sebagai Ejen terlucut tanpa notis dan semua komisen atau insentif pendapatan akan dikira tidak sah serta terbatal. - Saya menerima dengan rela hati bahawa sekiranya berlaku sebarang pelanggaran Kod Etika atau Polisi & Prosedur Syarikat, maka Syarikat berhak untuk segera menamatkan Perjanjian ini secara unilateral dan saya tidak berhak untuk membuat apa-apa tuntutan atau pampasan disebabkan oleh penamatan perjanjian disebabkan oleh pelanggaran ini.
- Nama yang digunakan dalam permohonan sebagai Ejen saya adalah seperti yang tertera dalam kad pengenalan negara saya atau pasport atau dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran syarikat. Saya mengesahkan bahawa apabila diminta, saya akan mengemukakan maklumat seperti keperluan KYC Syarikat semua dokumen termasuk salinan kad pengenalan yang asal, bersama dengan salinan dokumen untuk mengesahkan nama, alamat dan tandatangan seperti pasport yang sah, lesen memandu, bil telefon, dan lain-lain apabila diminta oleh syarikat. Saya juga faham bahawa sekiranya saya gagal mengemukakan dokumen-dokumen ini, Syarikat berhak untuk membatalkan permohonan dan status saya sebagai Ejen.
- Saya sedar bahawa bayaran yang dikenakan adalah bagi tujuan Yuran Pendaftaran Tahunan Ejen.
- Semasa membentangkan manfaat produk kepada bakal pelanggan, saya tidak akan mengelirukan dan akan membentangkan tujuan pertemuan secara telus dan memperkenalkan produk dan perkhidmatan Syarikat tanpa sebarang unsur penipuan.
- Saya akan sentiasa komited dan berkomunikasi sebagai seorang yang terlatih apabila diberi kuasa oleh Syarikat dan tidak akan cuba untuk memberikan sebarang maklumat yang tidak dibenarkan oleh Syarikat kepada bakal pelanggan.
- Saya tidak akan menyalahgunakan kepercayaan mana-mana pelanggan atau prospek dan tidak akan mengeksploitasi umur atau kekurangan pengalaman atau kekurangan pemahaman pelanggan untuk keuntungan saya.
- Saya akan berkongsi apa sahaja maklumat kepada pelanggan yang diperolehi daripada medium komunikasi rasmi Syarikat.
- Apabila menggunakan nama dagang syarikat, tanda dagangan, atau tanda perkhidmatan untuk sebarang pengiklanan, saya akan mendapat kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Syarikat.
- Saya tidak akan mengubah sebarang kandungan atau maklumat produk tanpa arahan bertulis khusus dari pihak syarikat.
- Saya faham sepenuhnya bahawa saya mempunyai hak kebebasan sepenuhnya membeli produk Syarikat dan orang lain juga mempunyai hak yang sama.
- Saya tidak mempunyai bantahan dan bersetuju dengan Yuran Pendaftaran Tahunan Ejen yang ditolak Syarikat daripada komisen atau insentif yang akan saya terima, jika bayaran yuran belum dilakukan.
- Saya akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk mematuhi Cukai Pendapatan, untuk jualan produk dan perkhidmatan yang mungkin terpakai dari semasa ke semasa, berpunca dari aktiviti penjualan saya sebagai Ejen.
- Untuk memastikan Syarikat mempunyai platform perniagaan yang adil untuk semua, saya bersetuju untuk memaklumkan kepada Syarikat sekiranya terdapat mana-mana Ejen lain yang melanggar peraturan yang ditetapkan oleh Syarikat.
- Saya mengakui dan mengesahkan bahawa saya akan, pada setiap masa, akan menjadi seorang usahawan bebas yang bekerja sendiri di Malaysia – bertindak sebagai seorang Ejen mengikut Perjanjian ini.
- Saya bersetuju untuk memberi indemniti kepada syarikat dan gabungannya termasuk pengarah syarikat, pemegang saham, pegawai serta pekerja, dari mana-mana dan semua liabiliti termasuk penghakiman, penalti sivil, bayaran balik, yuran peguam, kos mahkamah atau kerugian perniagaan yang ditanggung oleh syarikat itu hasil daripada representasi atau tindakan yang tidak dilarang. Indemniti ini sah walaupun selepas penamatan Perjanjian sebagai Ejen.
- Saya mengesahkan bahawa maklumat yang dikemukakan kepada saya adalah bertepatan dengan pengetahuan dan pemahaman saya dan saya telah membaca, memahami dan dengan ini bersetuju dengan terma dan syarat seperti yang disebutkan dalam dokumen ini dan perkara-perkara yang dipaparkan di Laman Web Produk.
- Selagi saya kekal sebagai Ejen, saya bersetuju untuk mematuhi semua terma dan syarat Syarikat termasuk yang diubah suai atau dipinda oleh Syarikat dari semasa ke semasa.
Dengan menekan butang SETUJU, saya dengan ini mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua bahagian di dalam TERMA & SYARAT dan kesemuanya telah diterangkan kepada saya dengan jelas yang mana saya sudah tidak ada soalan mengenai TERMA & SYARAT yang tidak terjawab.
Saya juga dengan ini bersetuju untuk mematuhi TERMA & SYARAT yang ditetapkan oleh Syarikat. Saya mengesahkan bahawa saya layak untuk beroperasi sebagai Ejen seperti yang dinyatakan dalam TERMA & SYARAT dan memahami hak dan kewajipan saya untuk beroperasi sebagai Ejen serta akan mematuhi Kod Etika Syarikat sepenuhnya.
Saya juga faham bahawa saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perisytiharan pendapatan saya dan pembayaran apa-apa cukai yang kena dibayar.